Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

46 Kek Tanda Penghargaan Guru

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Norhayani Hashim & Ariza Mohamed Zaki (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Jasa guru sentiasa dihargai setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Sebagai tanda terima kasih kepada para guru yang telah mencurahkan ilmu dan bakti kepada anak bangsa tanpa mengenal erti jemu, hari ini Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas telah menghadiahkan 46 biji kek di seluruh kawasan Parlimen Kepala Batas.

Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Kepala Batas,  Muhammad Nazli Aziz, kek-kek tersebut dihantar ke setiap sekolah di kawasan Parlimen Kepala Batas seawal 7.30 pagi tadi.

Katanya, kek-kek tersebut turut dihadiahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara.

Tambah Nazli, sambutan Hari Guru peringkat Parlimen Kepala Batas akan diadakan pada bulan Julai nanti.

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan guru.

– AH

 

Tinggalkan komen anda