Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Penjawat Awam Dinasihat Amanah Jalankan Tugas

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka dan Salina Hasan @ Abdul Rashid / Foto: Nur Fariza Farnoh

MELAKA, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Abdul Rahman Mohamad menasihati penjawat awam agar melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin dan penuh amanah kerana telah diberikan pendapatan yang tetap oleh kerajaan.

“Saban tahun, beribu lulusan dalam dan luar negara sama ada dari Institut Pendidikan Tinggi Awam mahupun Swasta yang ingin berkhidmat di dalam perkhidmatan awam tetapi jumlah jawatan kosong dalam perkhidmatan awam sangat yang terhad menyebabkan mereka tidak berpeluang,” ujarnya.

feature

Tambahnya, mereka yang berada dalam perkhidmatan awam, yang telah dilantik dan telah pun bekerja tidak seharusnya mempersiakan peluang yang diberikan.

Menurutnya lagi, dengan pelbagai insentif diberikan sebagai pengiktirafan dan banyak kemudahan disediakan, penjawat awam perlu bekerja bersungguh-sungguh supaya Malaysia mudah mencapai taraf negara maju.

Abdul Rahman berkata demikian kepada MalaysiaAktif pagi tadi selepas taklimat Human Resource See You (HRCU) yang menjelaskan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan kepada penjawat awam yang bertugas di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Peringkat Zon Selatan di Rumah Media, di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penambahbaikan sebanyak 252 skim perkhidmatan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia berkuat kuasa 1 Julai dalam Bajet 2016.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda