Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pentarama Hiburkan Penduduk, Pelatih PLKN Balik Pulau

By 21 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azimee Abdullah (Balik Pulau)

BALIK PULAU, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Satu persembahan Pentarama diadakan di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) White Resort di sini malam tadi.

Persembahan nyanyian, sketsa dan tarian oleh artis Pentarama ini telah menghiburkan lebih 180 pelatih PLKN serta penduduk tempatan yang turut hadir.

 

WhatsApp-Image-20160521

 

Menurut seorang pelatih PLKN, Mohd Jasni Zakaria, persembahan Pentarama ini bukan sahaja menghiburkan malah sarat dengan informasi dan mesej yang baik.

Persembahan dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Komuniti 1Malaysia Kampung Genting dan pihak pengurusan Kem PLKN White Resort Balik Pulau.

Pentarama merupakan satu cawangan di bawah Jabatan Penerangan Malaysia yang terdiri daripada pemuzik dan artis.

Ditubuhkan pada 1971, ia bertujuan untuk menyampaikan maklumat melalui aktiviti seni dan persembahan pentas.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda