Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Amal Gaya Hidup Sihat Dengan 10,000 Langkah

By 21 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 

Oleh: Mohamad Zamri bin Mohd Zain
PENGKALAN HULU, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Amalan gaya hidup sihat bukan semata-mata melakukan senaman yang berat sahaja namun cukup sekadar aktiviti santai seperti berjalan kaki.

Inilah yang cuba diketengahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Pengkalan Hulu melalui Program 10,000 Langkah yang diadakan pagi tadi di Dataran Gading.

Kira-kira 500 penduduk pelbagai umur di sekitar Pengkalan Hulu memeriahkan Program 10,000 Langkah sejauh 6.8 kilometer yang bermula di Dataran Gading, seterusnya bergerak ke Kampung Selarong, Jalan Kem Tentera dan berakhir semula di Dataran Gading.

image

Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Daerah Pengkalan Hulu, Dr. Hasniwati Ahmad, kaedah berjalan kaki secara santai boleh memberi kesan positif kepada kesihatan individu kerana dapat mencegah penyakit yang tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.

Selain itu, terdapat juga pameran kesihatan, program derma darah, sukaneka untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah.

Sementara itu, di majlis yang sama turut diadakan pelancaran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Daerah Pengkalan Hulu oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim.

image

KOSPEN ditubuhkan untuk melatih sukarelawan bagi membantu anggota kesihatan melakukan pemeriksaan kesihatan yang mudah seperti memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam darah. Melalui program ini segala peralatan akan disediakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda