Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahNegeri SembilanViral

Hanif Osman Juara Pidato Negeri Sembilan

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Hamidah binti Md Drus / Md Ali Hanafiah bin Hassan (Jempol)

Rembau, 14 Mei ( Malaysiaaktif ) – Hanif bin Osman muncul Juara Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Sembilan 2016 yang diadakan pada hari ini.

Hanif membawa tajuk “Kemerdekaan Membina Ketamadunan Bangsa” berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM1500.00, plak dan sijil penyertaan.

 

IMG-20160516-WA0003

 

Pertandingan yang diadakan di Dewan Besar. Institut Kemahiran Belia Tinggi Negara (IKBTN) Chembong, Rembau berjaya mengumpulkan seramai 300 orang penonton.

” Pertandingan seperti ini seharusnya dilakukan setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kefahaman mengenai dasar-dasar kerajaaan khasnya kami yang bergelar pelajar”, kata Mohamad Azim bin Mohd Ali, pelajar IKBTN tahun akhir Jurusan Kenderaan Perdagangan ketika ditemui.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan merangkap ADUN Kawasan Chembong, Dato’ Zaifulbahri bin Idris.

 

IMG-20160516-WA0005

Hadir sama Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sembilan, Mejar (K) Haji Sabarudin bin Yeop Hamza dan Haji Abdul Hamid bin Kasimin, Timbalan Pengarah, IKTBN Chembong.

Tinggalkan komen anda