Skip to main content
Berita UtaraPerlisViral

Pulau Pinang Dan PDRM Juara Sepak Takraw MAKSAK

By 16 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh : Wan Muhamad Zikri Bin Wan Kamis.

ARAU, 15 Mei (Malaysiaaktif) – Pasukan Pulau Pinang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori regu veteran manakala Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merangkul kejuaraan kategori berpasukan Kejohanan Sepak Takraw Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Tahun 2016.

 

20160515_145525

 

MAKSAK Perlis bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan mendapat tempat ketiga bagi kategori Regu Veteren.

Kejohanan ini telah berlangsung dengan jayanya di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh, Arau, Perlis.

Kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 15 Mei itu menyaksikan pertandingan 2 kategori utama iaitu kategori berpasukan dan regu veteran.

 

IMG-20160515-WA0022

Sebanyak 16 pasukan dari serata negeri di Malaysia termasuk Majlis Sukan ATM, Majlis Sukan PDRM dan Majlis Sukan Penjara bertanding pada kejohanan kali ini .

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin yang turut berucap merasmikan majlis penutup kejohanan.

Turut hadir, Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia, Ahmad Faedzal Bin Md. Ramli.

Tinggalkan komen anda