Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurWilayah Persekutuan

Kayuhan Basikal Dekati Isu Komuniti Kampung Baru

By 28 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Azhar Yazid, Suria Karim & Norizah Jadid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Malaysiaaktif) – “Saya akan cuba membantu selesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi penduduk Kampung Baru terutama di bawah bidang kuasa saya dengan segera”.

Demikian dinyatakan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani sempena Program Info Komuniti Kampung Paya, di sini hari ini.

“Saya akan bekerjasama dengan Perbadanan Kampung Baru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk”, ujarnya lagi.

Mengetuai kayuhan basikal bersama 60 orang peserta, beliau akan meneruskan sokongan terhadap semua aktiviti komuniti yang akan dilaksanakan terutama di Parlimen Titiwangsa.

“Masalah banjir yang sering dihadapi penduduk Kampung Baru sebelum ini telah dapat diselesaikan hasil daripada kerjasama semua pihak seperti Perbadanan Kampung Baru, Alam Flora dan Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa”.

Beliau berharap penduduk tidak membuang sampah di dalam sungai atau longkang yang boleh menyebabkan berlakunya banjir.

Pelbagai aktiviti pameran dan kaunter perkhidmatan diadakan daripada agensi kerajaan untuk orang ramai seperti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara, Baitulmal (MAIWP), Pemeriksaan Gigi percuma oleh Jabatan Kesihatan, Demonstrasi Memadam Kebakaran dari pihak Bomba dan Jabatan Penerangan WPKL.

Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kampung Baru, Datuk Affendi Zahari dan Pengarah Jabatan Penerangan, Haji Mohd Taib Haji Ubah.

 

-DK

Tinggalkan komen anda