Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kem Aspirasi Tangani Kemerosotan Patriotisme

By 1 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Sharifah Ithnin (Melaka)

PORT DICKSON, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Inisiatif Jabatan Penerangan Melaka menganjurkan Kem Aspirasi Kelab 1Malaysia (K1M) Peringkat Negeri bertepatan kerana di samping mewujudkan perkongsian pintar ia juga  memupuk kasih sayang generasi muda kepada negara.

Menurut Pengarah Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia, Masnoor Ashaari, kajian pada 1993 mendapati semangat cintakan negara dalam kalangan golongan belia merosot dan membimbangkan.

 

LDK

 

“Penglibatan pelajar-pelajar dalam kem ini sangat penting untuk membolehkan mereka menyelami latihan-latihan yang diselitkan dengan amalan kenegaraan bagi menguatkan semangat cintakan negara dan seterusnya mempraktikkan teori dan amali yang dipelajari,” jelas Masnoor ketika Majlis Perasmian Penutup kem ini di Kem Latihan Brindley di sini hari ini.

Kem tiga hari bermula 29 April lalu ini disertai seramai 40 orang pelajar K1M dari semua sekolah di daerah Melaka Tengah. Antara aktiviti yang dilaksanakan, termasuk Latihan Dalam Kumpulan (LDK), Latihan Mengikat Rakit, Ceramah Gagasan 1Malaysia dan Jati Diri serta ‘Survival Trekking’.

Seorang peserta dari SMK Seri Tanjong, Mohd Fauzan Abdul Aziz, berkata kem ini memberikan banyak kebaikan kepada para peserta.

“Kem seperti ini amat baik kepada para pelajar kerana di samping dapat menimba pengalaman, mereka juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama peserta kursus,” ujar Fauzan.

Statistik 2014 menunjukkan terdapat 803 K1M di seluruh Malaysia. Di Melaka, sejumlah 46 daripada 77 buah sekolah menengah di Melaka telah menubuhkanya.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda