Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangor

Kenyataan Kerajaan Indonesia Akan Diteliti – Ahmad Zahid Hamidi

By 19 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 19 Jun (Malaysiaaktif) – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau perlu meneliti kenyataan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia untuk tidak menghantar pembantu rumah ke Malaysia dan terdapat elemen supaya pembantu rumah bekerja mengikut waktu tertentu serta diberikan pelepasan.

“Saya hanya membaca melalui media dan perlu mendapatkan perincian terhadap syarat-syarat  baharu dan gaji minimum yang telah disebutkan kerana ia adalah diluar daripada persetujuan awal sebelum ini”, ujar beliau di sidang media selepas merasmikan Rapat Alumni Nusantara yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kampus Gombak pagi tadi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Tenaga Kerja Asing berpendapat bahawa kerajaan Indonesia tidak berniat untuk menyukarkan situasi.

Beliau juga percaya banyak ruang antara kerajaan Malaysia dan Indonesia untuk mengadakan rundingan bagi mencari penyelesaian terhadap isu tersebut dan memberi jaminan bahawa soal kebajikan kepada pembantu rumah dan pekerja Indonesia sentiasa diberi keutamaan.

“Saya akan menjemput Menteri Ketenagakerjaan Indonesia, Hanif Dhakiri untuk mengadakan pertemuan bagi berunding menyelesaikan isu tersebut, malah sekiranya perlu akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Jokowi”, katanya.

Beliau turut menjelaskan kerajaan akan menamatkan Program Pengajian Semula bagi pekerja yang tidak ada dokumen pada 30 Jun ini.

Menurutnya, majikan dan syarikat perkilangan tidak seharusnya terlalu bergantung kepada pekerja asing kerana beliau percaya suatu masa nanti negara Indonesia juga memerlukan tenaga kerja mereka bekerja di negara tersebut. Sebaliknya perlu mengutamakan tenaga kerja tempatan dan mempertingkatkan gaji minima pekerja khususnya dalam kategori 3D (Dirty, Difficult, Dangerous).

-DK

Tinggalkan komen anda