Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Padang Becak Tidak Halang 300 Selawat di Serkam

By 30 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Khairunnisa Abd Rahman (Jasin)

JASIN, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Padang yang becak selepas menerima hujan ribut selama tiga hari tidak menghalang lebih 300 peserta untuk duduk bersama-sama berselawat di Padang Taman Kejiranan Taman Pulai Indah, Jasin pada malam Sabtu.

Feature 1

 

Alunan selawat yang dipimpin Ustaz Husni Ali Hassan dan dibantu oleh kumpulan selawat Maahad Tahfiz Al Quran Saidina Ali, Bukit Katil itu turut diselitkan dengan ceramah oleh Ustaz Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau lebih dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ari dari Maahad Darul Hijrah, Temerloh, Pahang.

Menerusi ceramah ‘Ramadan Bulan Ibadah: Menyatukan Aqidah’, Ustaz Abu Syafiq menyebut tentang pemimpin dan rakyat perlu bersatu dalam fahaman ahli sunnah wal jama’ah supaya semua umat Islam di Malaysia dapat bersatu dan menolak fahaman syiah yang mengakibatkan umat Islam berpecah-belah.

Majlis Malam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam Berselawat dan Ceramah Perdana Sempena Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Daerah Jasin ini telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah.

 

-DZ/SF

Tinggalkan komen anda