Skip to main content
HomeKelantan

Asnaf Kelantan Ceria Sambut Ramadan

By 30 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 

Oleh : Nursaliza Shapie (Tumpat)

TUMPAT, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Nasib golongan Asnaf di Kelantan mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) khususnya dalam suasana umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan tidak lama lagi.

ASNAF2

Faudzi menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga asnaf terpilih

Satu usaha murni telah digerakkan oleh NGO tempatan iaitu Majlis Orang-Orang Besar Di Raja Kelantan (MOBDK) serta Persatuan Suri & Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kelantan yang turun padang mengagihkan sumbangan menerusi program Bantuan Ramadan.

Lebih istimewa sumbangan dan pengagihan bantuan kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan KKMM yang diwakili oleh Setiausaha Bahagian Kewangan, Dr. Ong Gua Pak, dan Setiausaha Bahagian Pembangunan Kandungan, Nik Kamaruzaman Nik Husin.

KKMM menyampaikan sumbangan tunai RM15, 000 hasil kutipan derma mangsa bencana KKMM untuk diagihkan kepada seramai 150 keluarga Asnaf yang membabitkan 10 jajahan di seluruh negeri.

Manakala MOBDK menyampaikan sumbangan bernilai RM45, 000 dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, susu, gula, sardin serta wang tunai RM150 bagi setiap keluarga terbabit.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, ia merupakan acara tahunan dilaksanakan badan bukan kerajaan itu bagi membantu meringankan bebanan di tanggung Asnaf terlibat.

Beliau bersama wakil KKMM telah sempat menyampaikan  sumbangan kepada lima keluarga miskin di sekitar Pengkalan Kubor, Tumpat pagi tadi.

Sebelum acara penyerahan itu, wakil KKMM telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kediaman Rasmi Pegawai Jajahan Tumpat.

 

-SH

 

Tinggalkan komen anda