Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanEkonomiHome

Penan Bukan Masyarakat Mundur – Najib

By 1 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Christi Lemon / Foto: Bolhan Hj. Basah

 MIRI, 1 Mei (Malaysiaaktif):- Masyarakat Penan di Sarawak bukan masyarakat mundur dan tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kecaman sesetengah pihak dari dalam dan luar negara, terutama membabitkan pihak yang bersekongkol dengan aktivis alam sekitar, Bruno Manser, bahawa BN tidak menjaga masyarakat Penan adalah tidak tepat memandangkan kerajaan sentiasa membela masyarakat luar bandar.

Demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Mareng Penan, Jambatan Suai, Niah semalam.

“Terbukti di sini bahawa masyarakat Penan hidup dalam kemodenan kerana BN sebuah kerajaan yang mengamalkan pendekatan inklusif yang memanfaatkan semua pihak,” kata Najib lagi.

Tambahnya, pembangkang hanya pandai menghasut tetapi tak mampu membuktikan bagaimana mereka dapat membela rakyat.

“Sehubungan itu, semua pihak harus terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan yang adil iaitu hanya kerajaan BN,” jelas beliau.

Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan berjumlah RM 1 juta bagi pembangunan masyarakat Penan setempat dan RM 200 ribu untuk Persatuan Pembangunan Tipun Penan (PETIPUN) bagi tujuan pendidikan.

Najib juga menyampaikan surat kelulusan kepada 34 penerima bagi Skim Pinjaman Rumah Panjang Sarawak daripada kerajaan persekutuan melalui Perbadanan Pembangunan Sarawak (HDC).

 

– SF/AAS

Tinggalkan komen anda