Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Adenan Yakin BN Menang 70 Kerusi Dalam PRNS Ke-11

By 1 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Borhan Ahmad Ulis (Sarawak) / Foto: Shaiful Rahman Sabri

SEMATAN, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Tan Sri Adenan Satem yakin menang lebih 70 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri  (PRN) ke-11 ini.

Beliau yang juga calon BN N.03 Tanjong Datu berkata demikian setelah mengadakan tinjauan selama dua minggu di seluruh negeri.

Beliau yang merasmikan Majlis Pelancaran Projek Tebingan Sematan dan Pemuliharaan Muara Sungai Sematan di Pekan Sematan, semalam turut menyatakan kerjasama antara kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan yang erat membolehkan projek untuk rakyat dapat dilaksanakan.

“Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri yang prihatin terhadap pembangunan di Sarawak.

 

CM SEMATAN 6

 

“Malah melalui program walkabout sahaja beliau telah meluluskan sebanyak RM3 juta untuk projek-projek yang akan memberikan kesenangan kepada rakyat,” ujar Adenan.

Adenan menambah, Najib juga mementingkan kemudahan infrastruktur di negeri ini terutamanya rangkaian jalan raya seperti projek besar iaitu Pan Borneo diluluskan semasa ekonomi dunia dalam keadaan kurang memuaskan.

“Peruntukan untuk Pan Borneo sahaja melibatkan sejumlah wang yang besar iaitu RM16 bilion merangkumi sejauh 1000 kilometer. Jadi jelaslah beliau sayang Sarawak,” kata Adenan.

Sementara itu, menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri  Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, projek tebingan Sematan ialah hasil ilham Ketua Menteri yang mahukan masalah hakisan tebing tanah di persisiran Sungai Sematan diatasi.

 

CM SEMATAN 7

 

“Beliau (Adenan) bertanyakan kepada saya adakah projek ini mampu dijalankan dan saya terus berkata, projek ini mampu direalisasikan dengan kerjasama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,” kata Wan Junaidi.

Pada majlis itu juga, Adenan menyampaikan Warta Rizab Komunal Bumiputera dan Surat Hak Milik Tanah Pertanian di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri.

Sejumlah 184 Surat Hak Milik dikeluarkan melibatkan Kampung Telok Melano dan Kampung Telok Serabang, manakala 193 dikeluarkan untuk kawasan Sungai Siru Kecil.

Sejumlah 10 buah kampung diberikan sembilan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (KTN) melibatkan kawasan Kg Pugu, Sematan, Kg Belinsak dan Bekuching, Kg Sebat Baru, Sematan, Kg Telok Melano, Kg Semapu, Kg Sebat Melayu dan Temaga Melayu, Kg Temaga Dayak, Kg Siru Melayu dan Kg Pasir Hilir.

 

-SF/AAS

Tinggalkan komen anda