Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Polis Jasin Selesai ‘Geng Couple’, Tangkap Suami Isteri Remaja

By 11 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka

MELAKA, 11 Mei (Malaysiaaktif) — Sepasang suami isteri yang digelar ‘Geng Couple’ berusia 16 dan 17 tahun ditangkap baru-baru ini ketika Team Task Force Ops Samun Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka menyerbu dan mengepung kawasan rumah kongsi pekerja Kilang Huat Lai, Jasin baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail berkata hasil tangkapan tersebut, suspek mendedahkan tiga rakan mereka yang turut terlibat dan berjaya ditangkap.

 

53024351-1f5c-4db4-98b7-ace26250ba57

 

“Kesemua suspek mengaku terlibat dengan kes samun warga emas dan samun pekerja kilang warga asing di kawasan Merlimau awal Mac 2016 dan mempunyai kes lampau yang melibatkan kerugian sejumlah RM10,000,” katanya.

Tambahnya, Modus Operandi kumpulan ini ialah si isteri ke rumah mangsa, iaitu adik beradik warga emas berusia 73 dan 78 tahun dan berpura-pura menangis dan ketika mangsa keluar untuk mendapatkan bantuan, suaminya pula datang dan menyamun mangsa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin semalam.

Polis turut merampas dua buah motorsikal, sembilan telefon bimbit, sebilah pisau dan parang dan anak kunci.

Kes diklasifikasikan dibawah seksyen 394 (Kanun Keseksaan), iaitu samun bersenjata dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara 20 tahun, denda dan sebat.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda