Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Projek Laila Siswa UIA Fokus Prihatin Gelandangan

By 11 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Azri Zainal Abidin dan Zaharah Ismail (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Malaysiaaktif) – Sekumpulan pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) digerakkan untuk membantu golongan gelandangan di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini semalam.

Usaha prihatin di bawah inisiatif yang dipanggil ‘Projek Laila’ ini diadakan pada setiap Selasa dihadapan CIMB dan mendapat kerjasama daripada pihak .

 

IMG-20160511-WA0058

 

Pengarah Projek LAILA, Mohd Hadi Azman berkata Selasa dipilih kerana ia adalah hari pertengahan minggu dan kebanyakan bantuan daripada pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) hanya diadakan pada setiap hujung minggu.

Projek Laila yang bermaksud malam dalam bahasa Arab dan melibatkan seramai 40 orang ahli ini bertujuan membantu melalui sumbangan makanan kepada golongan sasar.

 

IMG-20160511-WA0061

 

Ahli-ahli ini terdiri daripada pelajar pelbagai bidang kursus, termasuk Ekonomi, Psikologi, Sains Kemasyarakatan, Usul Fiqh dan Kejuruteraan.

“Kami menggabungkan konsep spiritual, emosi dan fizikal dalam misi bantuan ini. Kami menggalakkan golongan ini bersama-sama menunaikan solat maghrib berjemaah.”

“Ahli jawatankuasa program turut duduk makan bersama bagi bertukar-tukar pengalaman, selain diadakan aktiviti sukan Zumba bagi menarik minat anak-anak gelandangan. Dianggarkan seramai 300 orang gelandangan hadir pada hari ini diberi makan secara percuma,” ujar Mohd Hadi.

Pengurus Projek Laila, Ahmad Zaim Zharfan, “Kami mendapat bantuan sumber kewangan sumbangan rakyat Malaysia melalui promosi dan iklan dalam media sosial.

 

IMG-20160511-WA0063

 

“Setiap bulan menu makanan dan aktiviti ditambah baik mengikut jumlah sumbangan yang diterima. Harapan kami dengan usaha sebegini golongan ini akan mempunyai kekuatan untuk membaiki kehidupan, terutamanya kanak-kanak yang masih mempunyai impian yang cerah.”

Tidak lama dahulu, kerajaan turut menyediakan pelbagai kemudahan bagi membantu golongan ini. Antaranya, termasuk Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang yang disediakan bagi kemudahan gelandangan. Pusat tersebut dilengkapi kemudahan asas, seperti bilik tidur, surau, tandas, dan bilik kaunseling yang mampu menampung seramai 250 orang.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda