Skip to main content
Berita TempatanHomeKelantan

Ekspo Keusahawanan Jeli Bakal Jadi Tumpuan

By 25 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh : Syed Hisham Shah / Muhd Nor Aswadi

ANGKASAPURI, 25 Mei (Malaysiaktif) – Orang ramai dijemput memeriahkan Ekspo Keusahawanan Jeli 2016 di Sekolah Kebangsaan Gemang, Jeli, Kelantan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.

Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ekspo ini akan dilaksanakan secara bersama oleh MITI dan Agensi di bawah MITI dengan melibatkan penduduk Jeli. Penganjuran Ekspo ini akan menggabungkan elemen keusahawanan, kebudayaan, kerohanian dan sukan.

“Program ini bakal memberi pendedahan kepada usahawan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh MITI dan agensi-agensi MITI serta agensi-agensi sokongan lain selain mewujudkan rangkaian kerjasama antara usahawan dengan MITI dan agensi-agensi sokongan yang akan mengambil bahagian.

“Justeru, kita menjemput orang ramai untuk datang bagi menjayakan Ekspo Keusahawanan Jeli ini yang bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam setiap hari,” katanya selepas rakaman di sini siang tadi.

Antara aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah pameran serta jualan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), karnival kerjaya dan temuduga terbuka, persembahan busker, ceramah agama, seminar keusahawanan dan pelbagai lagi aktiviti menarik.

Mustapa berkata, Ekspo Keusahawanan Jeli kali ini memberikan pelbagai manfaat khususnya bagi para usahawan dan bakal usahawan dengan membuka jalan untuk meluaskan jaringan perniagaan dan mendapatkan laluan pemasaran yang betul menerusi penyertaan para pengeksport yang telah di jemput.

Seramai 128 usahawan dan 60 agensi terlibat dalam ekspo kali ini.

 

-SH

Tinggalkan komen anda