Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Sarawak Mahu Semua Emas Boling SUKMA- Morshidi

By 16 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Roslizawaty Abd Aziz / Foto: Jaed Tepus & Cassidy Lisut

KUCHING, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Sarawak berharap dapat memperoleh 11 emas dalam acara tenpin bowling Sukan Malaysia (SUKMA) ke-18 Julai ini.

Demikian kata Setiausaha Negeri Sarawak, Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Megalanes Ten Pin Bowling di Emart Batu Kawah, pada Sabtu.

Morshidi juga menyeru pemain boling Sarawak untuk berlatih bersungguh-sungguh dan membiasakan diri dengan setiap lorong balingan bagi memastikan emas dalam genggaman.

Tambahnya, impian tersebut pasti tercapai jika ada kesungguhan dan sokongan padu daripada semua rakyat Sarawak seperti slogan yang dilaungkan “Agi Idup, Agi Ngelaban”.

Pembinaan Megalanes ini merupakan kerjasama erat yang julung kalinya antara kerajaan negeri dengan swasta bagi menghasilkan pusat boling yang terbaik.

Dengan kos pembinaan RM19 juta pusat boling ini mempunyai 42 lorong balingan, menjadikannya sebagai pusat boling terbesar di Sarawak dan dijangka yang terbaik di rantau ini setaraf antarabangsa.

Megalanes ini mula dibina pada hujung 2014 dan siap dibina sepenuhnya pada Ogos 2016. Ini sebahagian daripada persiapan Sarawak sebagai tuan rumah untuk SUKMA 2016.

Kawasannya yang besar dan selesa akan pastinya menarik tumpuan ribuan penduduk di sekitarnya apabila temasya SUKMA 2016 berlangsung dari 22 hingga 31 Julai ini.

 

– SF

Tinggalkan komen anda