Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeSabah

Kuih “Kuih Lidah” Tembusi Pasaran Antarabangsa

By 16 Mei 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh Mohammad Abdul Rahman & Yahya A.Rajak (Sabah)

PAPAR, 16 Mei (Malaysiaktif) –? Tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa kuih tradisi, ‘Kuih Lidah’ kini berjaya menembusi pasaran luar negara.

Rosimah Mohamed, 46, tidak menyangka keputusannya untuk berhenti kerja bagi mengusahakan idea ini akhirnya memperoleh hasil yang lumayan.

Beliau yang ditemui wartawan Malaysiaaktif di kediamannya pada Ahad berkata kejayaan ini berkat kerjasama pelbagai pihak terutamanya rakan wanita Kampung Berundong, Papar.

“Asas taruhan kami ialah sejumlah RM10 yang dikumpul daripada 13 suri rumah bagi memulakan gerakan mempelajari ilmu membuat kuih.

“Idea mula terhasil apabila kami mengikuti aktiviti Gerakan Desa Wasasan (GDW) dan membentuk ‘Kumpulan Petani Wanita Maju’ (KPWM) bagi menghasilkan produk pertama ‘Kuih Lidah’.

 

02

 

Jelasnya, pelbagai kritikan dan persoalan sama ada perniagaan ini boleh berjaya. Namun, bak kata pepatah Melayu “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, semuanya tidak mustahil.

“Kursus demi kursus anjuran Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Kesihatan diikuti.

“Banyak ilmu diperoleh antaranya teknik mempelbagaikan pendapatan petani (2M2P), pengurusan kewangan, diognistik perniagaan, pengendalian makanan, perniagaan dalam talian (online) dan banyak lagi,” kata Rosimah.

 

06

 

Tambahnya, mengendalikan perniagaan dalam konteks pengurusan, sumber kewangan, perlu ditangani dengan disiplin.

“Mengurus sumber manusia, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak,” ujar Rosimah.

Akhirnya, Rosmah kini bergelar Pengurus Kilang Kuih Lidah, Kumpulan Petani Wanita Maju (KPWM) Kg Berundong Papar.

Rosimah bersama kumpulannya adalah antara usahawan wanita yang berjaya menubuhkan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) berasaskan jualan kuih tradisi di kampung tersebut.

“Purata hasil jualan kasar yang diperoleh setahun sebanyak RM480,000 dengan untung bersih sekitar RM3000 hingga RM4000 setahun.

“Hasil jualan tahun lepas, mencecah sehingga RM889,351.55 dengan keuntungan bersih selepas ditolak daripada kos operasi sebanyak RM3,742.21.

“Dianggarkan setiap ahli menerima pendapatan kira-kira RM3,000 hingga RM7,500 mengikut produktiviti setiap rakan kongsi,” katanya lagi.

Skim Satu Daerah Satu Industri, KPWM di bawah seliaan agensi FAMA Sabah dan Agro MAS, telah mempelbagaikan penghasilan kuih lidah mengikut cita rasa pengguna dengan menambah beberapa perisa tertentu seperti vanilla, coklat dan kacang hijau.

Hasil bimbingan daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan, kami berjaya memasarkan sekurang-kurangnya RM30,000 hingga RM50,000 produk ‘Kuih Lidah’ sebulan di bawah label Mekar TANI.

Produk ‘Kuih Lidah’ jenama Mekar TANI akhirnya berjaya dikomersialkan di peringkat rangkaian pusat beli-belah di Sabah, Sarawak serta Semenanjung sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

Kini, produk kuih lidah di bawah jenama Mekar TANI terus menerima tempahan tetap di Brunei, Singapura dan Jakarta yang berpusat di Wilayah Acheh. Malah produk ini turut berjaya sampai ke Dubai, UAE dan Shanghai, China,” tambahnya.

“Kejayaan ini terlalu manis tetapi kami tidak lupa kepada matlamat penubuhan terutama membantu golongan wanita suri rumah di kampung berkenaan yang ingin bekerja atau memperoleh pendapatan sampingan.

“Kejayaan ini hasil kerjasama dan kerja keras penduduk yang menyokong dan percaya terhadap usaha jawatankuasanya,” ujar Rosmah lagi.

 

– SF/AAS

Tinggalkan komen anda