Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

[TERKINI] Keluarga Mangsa Nahas Heli Tiba di Kuching

By 6 Mei 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh: Diyana Zamri & Asmidar Zainol / Foto: Abdul Hafiz Itam

KUCHING, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Suasana sedih menyelubungi pekarangan kawasan VVIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

Keluarga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan, dan Komoditi (KPPK), Datuk Noriah Kasnon dan suaminya, Asmuni Abdullah yang tiba kira-kira 3:20 petang tadi terdiri daripada anak-anaknya, Shafiq Mohd Ishak, 29, Farah Nadhirah Jamaludin, 27, dan Adam Aidid Mohamad Suhaili, 19.

Turut kelihatan, keluarga Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Rohani Abdul Karim, dan Pengerusi Tabung Haji merangkap Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim.

SF

Tinggalkan komen anda