Skip to main content
Berita TempatanSabah

?CUEPACS Desak Kerajaan Kaji Semula Dasar Pengiraan Pendapatan

By 2 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: ?Zuraidah Ahmad & Mastim Kiriman (Sabah)

KOTA KINABALU, 2 Jun (Malaysiaktif) –? Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan mengkaji semula dasar pengiraan pendapatan bagi tujuan pembiayaan rumah khususnya di Sabah dan Sarawak.

Presidennya, Datuk Aznih Muda menuntut kerajaan agar membenarkan elaun tetap penjawat awam diambil kira sebagai pendapatan bagi membolehkan penjawat awam yang baharu dan pertengahan tempoh perkhidmatan layak membuat pembiayaan rumah sama ada menerusi pinjaman kerajaan atau bank.
“Kita menuntut kerajaan agar membenarkan elaun-elaun tetap ini diambil kira sebagai sebahagian pendapatan apabila membuat pengiraan untuk tujuan pembiayaan perumahan melalui pinjaman kerajaan atau pinjaman bank.

“Sistem yang digunakan institusi kewangan pada hari ini hanya berdasarkan gaji pokok, maka ramai penjawat awam tak mampu membeli rumah.

“Jika elaun ini diambil kira, penjawat awam yang telah disahkan dalam jawatan akan layak mendapatkan pinjaman perumahan tersebut dan mampu menyelesaikan pinjaman pada akhir perkhidmatan mereka.

“Jadi kerajaan tidak perlu bimbang tentang kekurangan pendapatan sebab gaji akan meningkat selepas 20 atau 30 tahun,” ujarnya.

????????????????????????????????????
Tambah Aznih, sekiranya kerajaan tidak mengkaji dasar tersebut, dikhuatiri ramai penjawat awam terutama di Sabah dan Sarawak tidak layak membeli rumah berikutan peningkatan kos 30 peratus lebih tinggi berbanding harga rumah di Semenanjung.

“Perkara ini akan menjadi isu besar kerana harga rumah di Sabah 30 peratus lebih mahal. Kalau di Semenanjung harganya RM300,000 tetapi di Kota Kinabalu berharga RM350,000.

“Perbezaan RM50,000 itu sangat besar bagi penjawat awam sebab itu kita mahu imbangan dalam pendapatan. Walaupun kita bekerja dan ada gaji tetapi jika tidak ada rumah tiada makna,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tritahunan CUEPACS Sabah di ibu negeri, pagi tadi.

Mengulas tentang pemberian bonus tiga per empat sempena Aidilfitri oleh Kerajaan Pulau Pinang kepada kakitangan awam di negeri itu, beliau berterima kasih dan mengalu-alukan Kerajaan Persekutuan agar memberikan kadar yang lebih baik daripada itu kepada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

SF

Tinggalkan komen anda