Skip to main content
Berita TempatanSabah

Hapuskan Rintangan Gender-Jainab

By 2 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: ?Muhammad Khairul Azad Yunus & Nasrie Tapisil (Sabah)

KOTA KINABALU, 2 Jun (Malaysiaktif) –? Rintangan gender dalam bentuk minda tradisi yang mengamalkan budaya lapuk atas peranan wanita-lelaki wajib dihapuskan.

Demikian kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid
semasa merasmikan Bengkel Kesaksamaan Gender dalam Pembangunan Keluarga, Masyarakat dan Negeri Sabah dan Majlis Pelancaran Hari Bapa Peringkat Negeri Sabah 2016, hari ini.

Katanya, perkara itu harus diganti dengan amalan nilai mengutamakan keluarga melalui perkongsian, peranan, tugas serta tanggungjawab bersama dalam keluarga.

Menurutnya, ramai dalam kalangan masyarakat masih kabur dengan istilah gender yang membawa makna keperluan kedua-dua pihak lelaki dan wanita melibatkan diri secara aktif untuk membangunkan sesebuah negara serta mencapai keadilan sosial.

image
“Sekarang tiba masanya untuk Kerajaan dengan kerjasama pakar-pakar dari Universiti serta badan bukan kerajaan (NGO) menyediakan bengkel keprihatinan gender untuk pegawai, perencana, pembuat dasar dan pelaksana projek kerajaan.

“Perubahan gender perlu dilaksanakan di peringkat keluarga lagi, maka saya amat berharap Modul Pembangunan Keluarga dari Perspektif Keluarga dan Masyarakat dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin,” katanya

Sementara itu, Jainab menyeru kaum bapa memainkan peranan yang aktif, memegang tanggungjawab bersama dalam keluarga masing-masing.

Tambahnya, peranan kaum bapa dalam pembangunan keluarga dihargai dengan sambutan Hari Bapa pada minggu ketiga setiap Jun agar kasih sayang bertambah erat bertepatan dengan tema “Saya Sayang Bapa Saya”.

Bengkel tersebut ialah hasil kerjasama pintar atau NBOS antara agensi kerajaan Lembaga Penduduk dengan Pembangunan keluarga Negara (LPPKN), Yayasan Pengurusan Ilmu (YPI) serta Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO Wilayah SABAH).

SF

Tinggalkan komen anda