Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHome

Jaga Keselamatan Sempena Gawai-Bujang Halmi

By 2 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Saridin Kederi

LUNDU, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Masyarakat diseru menjaga keselamatan ketika menziarahi keluarga serta sahabat handai pada musim perayaan Gawai ini.

Demikian kata Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Haji Bujang Halmi Hazmi semasa merasmikan Malam Gawai Dayak Kampung Sileng Dayak di sini pada Isnin.

“Golongan remaja khususnya hendaklah berhati-hati dalam meraikan perayaan Hari Gawai terutama apabila menggunakan kenderaan”, katanya.

Bujang Halmi turut menyeru masyarakat agar berbangga dengan sambutan Gawai Dayak kali ini seiring dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-11 baru-baru ini.

“Masyarakat Dayak di kawasan DUN  N.3 Tanjong Datu juga telah memberi mandat besar kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang merupakan ADUN di situ.

“Sesuatu isu yang timbul seharusnya dibawa ke meja rundingan walaupun mempunyai pelbagai latar belakang kaum mahupun pegangan agama kerana akan dipandang sebagai masyarakat bertamadun,” tambahnya.

Sempena sambutan Hari Gawai Dayak di Kampung Sileng pada kali ini, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya pertandingan sukan, sukaneka dan juga pertandingan “Kumang Indai Gawai” dan pertandingan “Kumang Gawai Dayak”.

 

-SF

Tinggalkan komen anda