Skip to main content
Berita TempatanSabah

?Mangsa Tragedi Gempa Bumi Sabah Terus Diingati – Masidi

By 2 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: ?Asmidar Zainol & Azman Jumat (Sabah)

KOTA KINABALU, 2 Jun (Malaysiaktif) –? Menteri Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Majun berkata kerajaan negeri akan mengadakan majlis mengingati tragedi gempa bumi yang meragut 18 nyawa di Timpohon Gate, Ahad ini.

Masidi berkata ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa serta Channel NewsAsia (CNA) yang berpusat di Singapura akan turut menghadiri majlis tersebut.

Beliau memaklumkan sebuah monumen ringkas sebagai peringatan kepada tragedi itu dibina daripada batu granit, serpihan batuan gunung yang runtuh semasa gempa berlaku.

“Monumen ringkas tersebut bukan hanya menjadi simbolik mengingati mangsa-mangsa tragedi tetapi juga merupakan rekod sejarah kepada Taman Kinabalu dan Taman Sabah tentang kejadian yang menimpa pada tahun lepas.

“Monumen itu bakal diletakkan di kawasan strategik, kira-kira satu kilometer dari Timpohon Gate agar pelancong atau pendaki yang melalui kawasan tersebut akan mengingati kejadian berkenaan.

“Setiap orang mempunyai pelbagai cara untuk mengingati tragedi tersebut tetapi yang terbaik adalah dengan berdoa agar kejadian yang sama tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“Kami juga akan cuba mengekalkan lokasi penginapan yang runtuh sebagai kawasan muzium kekal dan sebuah plak akan diletakkan untuk memberi penerangan berkenaan kejadian gempa tersebut,” katanya kepada media di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, kerajaan dalam perancangan untuk memasang Rock Fall Barrier bagi menghalang runtuhan batuan sekiranya berlaku gegaran dengan kos RM6 juta dan dijangka akan siap dibina pada tahun hadapan.

Ditanya berkenaan kos yang telah digunakan untuk membina dan membaik pulih laluan ke gunung tersebut, Masidi berkata, sebanyak RM1.4 juta telah digunakan berbanding kos anggaran sebelum ini.

Sehingga Mei, 17,274 pendaki telah mendaki gunung tersebut sejak dibuka semula pada Disember tahun lepas.

Gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4095.2 meter itu mengalami gegaran berukuran 5.9 skala Richter pada 5 Jun tahun lalu dan mengorbankan 18 nyawa melibatkan 14 pendaki serta empat malim gunung.

SF

Tinggalkan komen anda