Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangorViral

[VIDEO] Budiman: Biar PAS Jawab Tentang Hudud

By 6 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi berpendapat biar PAS sendiri yang menjawap tentang hudud – isu yang hangat diperkatakan.

“Saya fikir PAS yang bawa isu ini jadi mereka yang patut jawab. Fokus saya adalah untuk menang PRK dan memikirkan isu kepelbagaian budaya dan resam masyarakat di sini.

“Saya fikir kalau kita boleh membuang politik kebencian yang ada di negara ini berdasarkan banyak sudut adalah lebih baik,” ujarnya lagi.

Demikian kata beliau dalam sidang media yang berlangsung di Pusat Arahan Sungai Panjang di sini hari ini.

Budiman turut berpendapat pendirian Parti Amanah sendiri tidak mencerminkan apa yang mereka laksanakan.

“Azmin Ali ialah ahli Parlimen dan DUN di Bukit Antarabangsa,  manakala Wan Azizah di Permatang Pauh, di Kajang.

“Jadi tak perlu persoalkan saya sebagai ADUN Sungai Panjang untuk bertanding sebagai calon di Sungai Besar.”

Menyentuh isu penduduk Kampung Bagan, Sekinchan yang beralih kepada DAP yang didakwa disebabkan oleh rasuah dalam kalangan BN, Budiman menjelaskan perkara itu sebagai persepsi yang perlu dibuktikan kebenarannya.

 

 

“Secara prinsipnya tugas wakil rakyat pertama, bawa isu rakyat kepada Dewan Rakyat. Kita tahu kita ada geo politik pesawah, geo politik petani, dan geo politik nelayan yang boleh dibawa untuk penambahbaikan mereka.

“Jadi, saya fikir ini bukan menjadi masalah untuk membawa isu rakyat.

“Sebagai satu pasukan dalam menjaga DUN Sungai Panjang, telah ada 26 ribu pengundi yang sudah saya jaga selama tiga tahun dan saya akan menambah kepada zon Sekinchan yang ada 16 ribu pengundi. Menerusi kerja berpasukan pasti tak jadi masalah,” tambahnya.

Budiman dalam rangka berkempen mulai semalam sehingga 12.00 tengah malam pada 17 Jun 2016.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda