Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Budiman Anggap Diri Sebagai ‘Underdog’ dalam PRK Sg Besar

By 6 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 6 Jun (Malaysiaaktif) – “Saya turun di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebagai calon ‘underdog’.”

Demikian kata calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi dalam sidang media yang berlangsung di Pusat Arahan Sungai Panjang di sini hari ini.

“Berdasarkan fakta dan realiti dalam pilihan raya terdahulu BN menang tipis dengan 399 undi sahaja. Saya tak mahu takut. Jadi kalau saya turun sebagai “underdog” itu lebih selesa dari segi gerak kerja dan perancangan.

Menyentuh isu majoriti kaum Cina di Sekinchan akan menggugat undinya, Budiman mengatakan mereka banyak membantunya.

“Majoriti pengundi Cina berkehendakkan pemimpin yang boleh menyelesaikan isu mereka, pemimpin yang sederhana, pemimpin  yang dapat bersama mereka ketika kesusahan dan menyelesaikan isu kesejahteraan nelayan.

“Saya terima respon yang sangat baik. Mereka menggelarkan saya sebagai Ahmad. Saya tidak menyangka ada  sekelompok pengundi Cina yang membantu saya berkempen saya dalam bahasa Cina,” katanya.

Menyentuh aspek kemajuan Sungai Panjang yang dipersoalkan oleh Parti Amanah dalam sidang mereka pagi tadi, Budiman menepis dengan mempersoalkan kewibawaan Amanah jika mereka yang dipilih.

“Cuba kita tengok realitinya, pertama sekali Parti Amanah ini dia nak majukan dengan bagaimana, dia bukannya kerajaan di Peringkat Persekutuan.

“Tentang Sungai Panjang, kini ada banyak eco-tourism seperti di Homestay Batu 23, Homestay Kampung Haji Dorani, ada burung enggang dan di pesisir laut kita juga digunakan oleh pelancong pada setiap minggu untuk memancing ikan.

“Selain itu, kita juga baru sahaja memiliki sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Sungai Besar  malah ada juga Pusat Kesihatan Kecil dengan 18 katil,” ujarnya.

Di PRK Sungai Besar, Budiman menerima tentangan daripada calon Amanah, Azhar Abdul Shukur dan calon PAS Dr. Abdul Rani Osman.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya,  14 Jun 2016 diumumkan sebagai tarikh pengundian awal manakala tarikh mengundi adalah pada 18 Jun 2016.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda