
Oleh : Muhammad Rizal Redzuan / Mohd Hizami Bin Mohd Hanip
SUNGAI BESAR, 7 Jun (Malaysiaaktif) – Presiden Kongres India Se-Malaysia (MIC) Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata hudud tidak sesuai dibincangkan pada waktu sekarang dan berharap isu ini tidak akan digunakan sama sekali dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P097 Sungai Besar.
Ketika ditanya adakah isu ini akan memberi kesan kepada PRK ini, dia menjawab, kita akan tahu pada 18 Jun nanti.
Subramaniam berkata daripada 829 orang pengundi India di Sungai Besar, pihak MIC telah menemui 650 daripadanya dan dikenal pasti sebagai pengundi Barisan Nasional (BN), beliau juga yakin 70 peratus pengundi di sini memilih BN berbanding 65 peratus dulu. Ini kerana MIC telah bertemu dengan masyarakat India yang sebelumnya mempunyai masalah dan menyelesaikan masalah mereka.
Seterusnya Subramaniam menyifatkan calon BN, Budiman Mohd Zohdi mempunyai hubungan baik dengan pengundi di sini dan berharap pengundi memberikan undi kepada Budiman supaya beliau dapat meneruskan kerja yang pernah dilaksanakan oleh arwah Tan Sri Noriah Kasnon.
Terdahulu, Subramaniam berucap pada majlis Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) yang menjadi strategi lautan biru di Kementerian Kesihatan Maysia (KKM) bersama Menteri Kesihatan semalam.
Pada majlis ini juga, Subramaniam melawat dan menyampaikan bantuan kepada lima buah rumah termasuklah Kamisah bt Naban, 92.
Menurut Dr. Noraini Jali Pakar perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Sabak Bernam, Kamisah menghidap darah tinggi dan telah terjatuh daripada basikal yang menyebabkan tulang pinggul kanannya patah.
Seorang sukarelawan KOSPEN yang ditemui Abdul Latif Kusni, 55 berkata, dia menyertai KOSPEN kerana ingin menjaga kesihatan dirinya dan keluarga. Dengan menjadi ahli KOSPEN dia dapat menyaring komuniti kawasannya seperti membuat pemeriksaan darah, diabetis orang kampungnya.
-SF