Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

[KEMASKINI] Suasana Terkawal di Kuala Kangsar

By 6 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Diyana Zamri (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 6 Jun (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini mengesahkan situasi di Kuala Kangsar sepanjang musim Pilihan Raya Kecil (PRK) ini tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden yang mengugat keselamatan.

“Setakat ini Pihak Polis tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan ceramah daripada pihak-pihak yang bertanding,” ujar Jurucakap PRK P.067 Kuala Kangsar, IPK Perak, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif menerusi kenyataan media yang dikeluarkan petang tadi.

Selain itu, pihak polis turut mengingatkan semua pihak supaya berkempen dengan tidak keterlaluan sepanjang tempoh berkempen di PRK Kuala Kangsar.

Sementara itu, IPK Perak turut mengesahkan penerimaan satu laporan polis semalam berkenaan dua paraglider yang berlegar-legar di ruang udara berdekatan kawasan penamaan calon di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar.

Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kelulusan penerbangan paraglider dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia. Perkara ini disahkan oleh Pusat Kawalan Trafik Udara, Ipoh termasuk ketiadaan “Notice to Airmen” (NOTAM) dikeluarkan oleh DCA Putrajaya.

Pihak polis kini sedang mengesan suspek-suspek yang terlibat dalam penerbangan paraglider tersebut. Kes disiasat di bawah Peraturan 143 Civil Aviation Regulation (CAR) 2016, P.U. (A) 97.

 

-AH

Tinggalkan komen anda