Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

India Muslim Penyokong Tegar BN –Syed Ibrahim

By 15 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Pengundi India Muslim kita merupakan penyokong tegar Barisan Nasional (BN) tidak kira bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar mahu pun Kuala Kangsar.

Demikian kata Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Datuk Seri Syed Ibrahim Kader kepada media di Hotel Komp1t petang semalam.

“Seramai 50 orang ahli kongres bertindak sebagai jentera untuk bertemu dengan 225 pengundi India Muslim di sini. KIMMA kita memang dah ada bilik gerakan dan melantik jentera-jentera untuk turun padang bagi membantu pengundi.

“Kami pergi dari rumah ke rumah, kenal pasti keluarga miskin dan beri bantuan kepada mereka. Bersempena bulan Ramadan ini, kita buat kelompok kecil yang singgah dari rumah ke rumah untuk berbuka puasa,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Syed Ibrahim yang baru pulang daripada rangka kerja melawat kawasan India Muslim di Kuala Kangsar berpendapat kempen PRK di sana berlangsung dalam suasana yang cukup positif kerana tiada masalah besar yang berlaku.

“Calon BN di Kuala Kangsar, Datin Wan Mastura Mohd Yazid dilihat sebagai calon yang berkualiti berdasarkan latar belakang pendidikan undang-undangnya.

“Datin Wan Mastura cukup dikenali rakyat walaupun tak keluar rumah oleh sebab tempoh edahnya. Sepanjang program saya di sana, masyarakat India Muslim semua kenal siapa dia.

“Jadi ini pasti akan memudahkan kempen. Kita dapat lihat BN di sana menerima sambutan yang sangat baik. Jadi saya pasti tidak ada masalah untuk menang. KIMMA sendiri telah berjumpa dengan 380 pengundi India Muslim di situ bagi memastikan mereka keluar mengundi pada 18 Jun ini.

“Bagi PRK di Sungai Besar, walaupun hanya 225 pengundi India Muslim yang ada di sini namun berdasarkan Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas, kerusi ini dimenangi oleh Tan Sri Noriah Kasnon dengan hanya majoriti 399 undi. Jadi saya percaya undi kami akan datang meneruskan kerusi BN di sini,” ujarnya.

Syed Ibrahim ditemui dalam rangka kerjanya bagi menghulurkan bantuan anjuran KIMMA bersama Yayasan Kemajuan Islam Malaysia (YAKIN).

DK

Tinggalkan komen anda