Skip to main content
HomePahang

Jambatan Runtuh Diganti

By 2 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh : Zuraini Uda / Emran Ismail / Azmi omar (Cameron Highlands)

CAMERON HIGHLANDS, 2 Jun (Malaysiaaktif) – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa simpati terutamanya kepada penduduk  sekitar kawasan Kuala Terla apabila jambatan yang menghubungkan Pos Terisu, Kampung Sungai Getan, Kampung Sungai Telimau, dan Kampung Sungai Jarik runtuh dihanyut air dalam kejadian hujan lebat 29 Mei lalu.

Baginda yang turut dimaklumkan bahawa jambatan ini merupakan laluan utama penduduk kampung menjalankan aktiviti harian. Baginda juga menyeru kepada pihak terbabit untuk menyelesaikan segera masalah yang dihadapi ini.

“Beta bersimpati dengan rakyat beta yang mengalami kesulitan akibat jambatan yang runtuh ini dan berharap agar tindakan  jabatan yang berkaitan lebih pantas supaya masalah ini cepat diatasi,” titah baginda ketika berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Taklimat Bencana di lokasi kejadian di sini.

Jambatan Kuala Terla Kampung Baru Batu 49 telah runtuh pada 29 Mei yang lalu akibat hujan lebat yang melanda.

Kerja-kerja pembinaan jambatan baharu kini sedang giat dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya.

 

-SH

Tinggalkan komen anda