Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerak

Jangan Timbulkan Provokasi – Ketua Polis Perak

By 5 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Aimi Huwaina (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 5 Jun (Malaysiaaktif) – Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi pagi tadi menasihatkan parti-parti yang bertanding supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh menimbulkan provokasi, seperti isu perkauman dan kebudayaan.

“Saya harap proses pilihanraya P.067 Kuala Kangsar ini dapat berjalan dengan lancar, dengan keadaan tenang, terkawal untuk kesejahteraan rakyat seluruh Malaysia, amnya dan khasnya di Kuala Kangsar ini,” ujar Abdul Rahim.

Tambahnya, pihak polis akan memastikan proses pengundian dapat dijalankan dengan selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.

“Sepanjang kempen ini, polis akan menempatkan lebih kurang 800 anggota termasuk unit-unit yang tidak digerakkan sehingga tamat tempoh berkempen. Pada hari pembuangan undi, kita akan melibatkan lebih kurang 2,500 anggota polis termasuk pegawai kanan polis di seluruh pusat pembuangan undi, iaitu 23 pusat pembuangan undi dan 72 saluran termasuk saluran undi awal,” jelas Abdul Rahim lagi.

Bagi kawasan panas, Abdul Rahim berkata pihaknya telah menyediakan 20 big base dengan penempatan anggota selama 24 jam.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda