Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Jangan Serah Kad Pengenalan Sewenangnya – PDRM

By 17 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh: Diyana Zamri (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Para pengundi di Parlimen P.067 Kuala Kangsar diingatkan untuk tidak menyerahkan kad pengenalan kepada mana-mana pihak atau orang yang tidak dikenali.

“Polis ingin mengingatkan para pengundi supaya tidak sewenang-wenangnya menyerahkan kad pengenalan mereka kepada mana-mana pihak atau orang yang tidak dikenali, untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang menjejaskan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka,” ujar Jurucakap Media PRK P.067 Kuala Kangsar, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, pihak polis juga menasihatkan orang ramai untuk keluar awal esok untuk mengundi bagi mengelakkan kesesakan ketika proses undian dijalankan. Pihak polis turut memberikan jaminan keselamatan sepanjang proses pengundian dijalankan.

Dalam pada itu, polis hari ini mengesahkan suasana kini tenteram di kawasan yang terkenal sebagai Bandar Diraja ini sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.

“Keselamatan dan ketenteraman awam di Kawasan Kuala Kangsar sentiasa dalam keadaan tenang dan terkawal.

“Sejak hari penamaan calon pada 5 Jun hingga hari ini, jumlah laporan polis yang diterima adalah sebanyak 23 laporan, enam kertas siasatan telah dibuka dan sebanyak 145 permohonan permit ceramah telah dipohon,” katanya.

Tinggalkan komen anda