Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Pekerja Wajib Keluar Mengundi

By 17 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Aimi Huwaina / Foto: Muhammad Bashsyar Abdullah (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Majikan di sektor awam dan swasta diminta membenarkan pekerja yang mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, majikan yang menghalang pekerja untuk keluar mengundi akan diambil tindakan undang-undang.

MBA_1547

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah – Foto: Mohamad Bashyar

“Majikan-majikan diminta untuk melepaskan mereka ini keluar untuk membuang undi esok. Kalau pengundi-pengundi ini bekerja pada hari tersebut, harus beri ruang kepada mereka untuk mengundi.

“Mana-mana majikan yang menghalang pekerja mereka untuk keluar mengundi pada hari tersebut boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara setahun jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas membuat Tinjauan Semakan Isi Peti di Dewan Jubli Perak, pagi tadi.

Hashim turut menasihatkan agar pengundi di kedua-dua parlimen berkenaan supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan kad pengenalan kepada pihak lain selain SPR bagi mengelak perbuatan salah guna.

“Saya berharap pengundi keluar secara berperingkat dengan mengambil kira faktor cuaca dan keadaan trafik bagi mengelakkan berlakunya kelewatan untuk keluar mengundi,” katanya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda