Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Jangan Diperdaya Jari Ditanda Dakwat Sebelum Mengundi – SPR

By 17 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Pradeeb Kumar Velayutham / Foto: Muhammad Bashsyar Abdullah (Putrajaya)

KUALA KANGSAR, 17 Jun (Malaysiaaktif) – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, menasihatkan para pengundi, terutamanya, warga emas supaya jangan terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang meminta jari mereka ditanda dengan dakwat sebelum pergi mengundi.

“SPR akan memastikan setiap mengundi yang masuk untuk mengundi akan diperiksa jarinya supaya bebas dari sebarang dakwat. Selain itu pengundi akan mencelup jari ke dalam botol dakwat yang telah disediakan oleh pihak SPR,” ujar Hashim menerusi kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambahnya, seramai 32,632 orang telah berdaftar sebagai pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar. SPR telah menyediakan sebanyak 23 buah pusat mengundi dengan 69 tempat mengundi (saluran) bagi tujuan pengundian esok.

Menurut Hashim, pengiraaan undi akan dijalankan selepas proses pengundian tamat pada pukul 5.00 petang esok.

“Pengiraan undi dibuat di tempat Mengundi dan bukannya di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU). Ejen-ejen pilihan raya boleh berada dalam tempat ini bagi memerhatikan proses pengiraan undi,” tegas Hashim.

Pertembungan empat penjuru di PRK Kuala Kangsar kali ini di antara calon Barisan Nasional (BN), Datin Mastura Mohd Yazid, calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Dr. Najihatussalehah Ahmad, calon Parti Amanah Negara (Amanah), Prof Dr. Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda