Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kad Pengenalan Siap Dalam Dua Jam-Ismail

By 15 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Ahmad Sahid Jibal (Sabah)

KOTA MARUDU, 14 Jun  (Malaysiaktif) –? Dalam masa tiga bulan akan datang, kad pengenalan (Mykad) boleh disiapkan dalam masa dua jam dan surat beranak dalam 20 minit dengan adanya mesin cetak kad pengenalan.

Demikian kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)Malaysia Cawangan Kota Marudu, Datuk Ismail Ahmad yang ditemui di pejabat JPN di sini pagi tadi.

“JPN Kota Marudu ialah yang ke-enam di Sabah yang menggunakan mesin cetak tersebut kerana pejabat ini menerima antara 40 orang hingga 50 orang pelanggan setiap hari.

“JPN bukan sahaja membuat kad pengenalan, tetapi juga mendaftarkan surat beranak, surat kematian dan surat kahwin bagi warganegara bukan yang beragama Islam.

Ismail turut memaklumkan masalah yang sering berlaku dalam kalangan penduduk yang tinggal di kampung.

“Masalah yang dihadapi di kampung-kampung yang jauh ialah daftar lewat. Bagi anak yang baharu lahir hendaklah didaftarkan dalam tempoh 42 hari dan bagi yang meninggal dunia dalam tempoh dua minggu.

“Selain itu, masalah lain yang dikenal pasti ialah kos pengangkutan bagi penduduk yang jauh dari Kota Marudu seperti Kg. Gana. Mereka terpaksa berbelanja antara RM300 hingga RM500 setiap kali berurusan di Kota Marudu,” katanya lagi.

Tambahnya, mesin cetak itu juga bakal memberi manfaat kepada 75,000 penduduk di daerah berkenaan selain penduduk berhampiran seperti Kudat, Bangi, Pitas, Paitan dan penduduk di sempadan Kota Belud dan sempadan Ranau.

Turut hadir Pegawai Daerah, Sualim Sanan dan Pegawai Pendaftaran Negara Malaysia Cawangan Kota Marudu, Azmee Latun.

SF

Tinggalkan komen anda