Skip to main content
Berita TempatanSabah

RM6.6 juta Bina Empat Masjid, Tiga Surau di Beaufort

By 15 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

  Oleh: Zuraidah Ahmad & Johny G.Kimlon (Sabah)

BEAUFORT, 14 Jun (Malaysiaktif) – Empat buah masjid dan tiga buah surau yang melibatkan peruntukan RM6.6 juta sedang dibina di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang tahun ini,

Demikian kata Ahli Parlimennya, Datuk Azizah Mohd Dun pada Majlis Ihya Ramadan di Masjid Nur Hidayah Kampung Kota Klias Kecil di sini, pada Ahad.

Tambahnya, empat buah masjid yang menelan kos lebih RM6 juta itu ialah Masjid Menumbok dan Kerukan di Daerah Kuala Penyu, sementara dua lagi dibina dalam Daerah Beaufort iaitu Masjid Kampung Laba dan Masjid Kampung Muhibah.

“Tiga buah surau turut dibina masing-masing dua di Kuala Penyu dan sebuah di Beaufort dengan kos lebih kurang RM600 ribu,” ujarnya.Sumbangan & Buka Puasa 3

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata pembinaan rumah ibadat itu mencerminkan keperihatinan kerajaan yang mendahulukan kepentingan serta keselesaan rakyat terutama ketika melakukan ibadah.

“Banyak peruntukan yang diberikan untuk memberi kemudahan serta manfaat kepada rakyat dari segi pembangunan ekonomi, pembangunan tempat ibadat yang selesa untuk rakyat berkumpul dan mengadakan pelbagai program keagamaan.

“Pada bulan Ramadan ini, kita dapat berkumpul menyatakan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita dikurniakan pemimpin-pemimpin yang baik, prihatin dan sentiasa mendahulukan rakyat, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dengan rahmat daripada Allah SWT, kemakmuran serta kepimpinan yang prihatin, wakil rakyat sentiasa ada peruntukan yang besar untuk kita salurkan kepada masyarakat dalam bentuk pembangunan dan juga sumbangan kepada anak yatim serta golongan yang kurang mampu,” katanya lagi.

Pada majlis itu, Azizah menyampaikan sumbangan berupa barang keperluan dan duit raya kepada 20 asnaf iaitu anak yatim, ibu tunggal dan warga emas selepas menunaikan solat sunat tarawih, solat fardu berjemaah dan majlis berbuka puasa.

Terdahulu, dalam majlis berasingan, Azizah turut bermesra dengan penduduk kampung serta menyampaikan sumbangan yang sama kepada 20 penerima di Masjid Nur Ikhwan Kampung Pilajau.

SF

Tinggalkan komen anda