Skip to main content
Berita TempatanSabah

Syarikat, Badan Korporat Diseru Bantu Golongan Susah

By 15 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

  Oleh: Zuraidah Ahmad & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

KOTA KINABALU, 14 Jun  (Malaysiaktif) –? Syarikat dan badan korporat diseru memainkan peranan membantu golongan kurang bernasib baik di negeri ini terutama pada bulan Ramadan dan menjelangnya sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Demikian kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat yang ditemui pada Majlis Iftar Bersama Menteri anjuran Badan Kebajikan Islam (Balkis) di salah sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

Tambahnya, sumbangan tersebut tidak semestinya dalam bentuk kebendaan tetapi boleh juga diberi dalam bentuk lain seperti sokongan moral dan sebagainya.iftar  (4)

Beliau juga berharap jabatan serta agensi kerajaan di bawah kemeterian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat tampil membantu golongan kurang bernasib baik melalui program amal dan tajaan dana.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 24 anak yatim Rumah Anak Kesayangan Sembulan dan golongan ibu tunggal sebelum menunaikan solat sunat tarawih dan fardhu berjemaah bersama kira-kira 100 jemaah.

SF

 

Tinggalkan komen anda