Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kawalan di Kawasan Panas Pantai Timur Sabah Diperketat

By 9 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

  Oleh: Asmidar Zainol & Jeffren Malaning (Sabah)

KOTA KINABALU, 9 Jun (Malaysiaktif) –? Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengetatkan kawalan di kawasan panas Pantai Timur Sabah melalui Ops Pagar Laut 2016 sepanjang Ramadan dan Syawal akan datang.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar operasi tersebut menumpukan pembanterasan jenayah dan memberi penekanan kepada aspek-aspek keselamatan.

“Tumpuan diberikan kepada mereka yang menggunakan laut seperti nelayan dan mereka yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain seperti sport fishing.

“Kita juga ingin menasihatkan orang awam agar lebih berhati-hati ketika berada di laut dan membawa peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan,” katanya ketika majlis berbuka puasa bersama-sama kakitangan APMM Sabah dan Labuan di sini kelmarin.

Zulkifili turut memaklumkan pada bulan Ramadan dan Syawal turut berlaku banyak aktiviti keluar masuk pendatang tanpa izin dan penyeludupan seperti rokok dan minuman keras.

Justeru, melalui operasi ini akan dapat membanteras jenayah tersebut.

Beliau juga menasihati semua pengguna laut untuk menghubungi APMM sekiranya berlaku sebarang kemalangan melalui talian 999.

Sementara itu, dua orang mangsa yang hanyut di perairan Kudat, Tommy Lam Wai Yin dan Armella Ali Hassan turut hadir pada majlis tersebut.

Tommy dan Armella mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat Maritim Malaysia serta pihak lain termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Malaysia, Polis Marin dan Sabah Air atas usaha mereka dalam operasi menyelamat.

SF

 

Tinggalkan komen anda