Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeSelangorViral

Papan Iklan Provokatif Langgar Etika Kempen-SPR

By 9 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Syed Fauzi Syd Mostapa

SUNGAI BESAR, 8 Jun (Malaysiaaktif) – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memasang bahan kempen berbentuk papan iklan yang berunsur tohmahan, provokatif, dan berniat mempengaruhi para pengundi di Sungai Besar adalah melanggar etika berkempen menurut Akta Pilihan Raya 1954.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Pegawai Perhubungan Media, ACP Khalil Ariffin, melaporkan bahawa satu laporan papan iklan di Pekan Sekinchan yang bersifat rasis, menghina dan mengandungi tuduhan rasuah itu diterima oleh polis pada 5.00 petang tadi di Simpang 5.

Hashim menerusi siaran medianya yang baru dikeluarkan pada 10.00 malam tadi, pihak Pasukan Penguat kuasa Pilihan Raya (PP KPR) akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang yang ditetapkan.

Tambahnya, menurut  Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan  Raya 1954, sebelum, semasa dan selepas  Pilihan Raya sekiranya dilihat perkataan – perkataan  pada papan iklan dan didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih RM10 ribu atau kedua-duanya.

“Berkempenlah secara bijaksana dan berhemah dengan menunjukkan semangat bertanding berlandaskan sikap saling menghormati seperti yang ditunjukkan semasa Hari Penamaan Calon Ahad lepas,” ujar Hashim lagi.

 

– DK/AAS

Tinggalkan komen anda