
Oleh : Muhd Astahairi Ramli
Tioman 22 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis penyerahan surat tawaran dan kunci rumah kepada pembeli Projek Perumahan Rakyat Dimiliki (PPRM)Kampung Tekek, Pulau Tioman telah diadakan pada hari ini.
Seramai 29 orang menerima kunci rumah pada majlis tersebut. Mereka ini adalah sebahagian daripada penerima yang telah lulus temuduga dan sebahagian lagi akan disampaikan pada majlis sambutan hari raya Aidil Fitri nanti yang akan diadakan di sini.
Penyerahan kunci tersebut telah disempurnakan oleh ADUN Tioman, Dato Haji Mohd Johari bin Haji Hussain.
Penyediaan rumah PPRM oleh kerajaan adalah bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah dapat memiliki rumah sendiri.
Dalam ucapannya, Johari berharap agar mereka bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang banyak membantu dalam menyediakan rumah ini dan juga pihak kerajaan tetap mengutamakan keselesaan rakyat dalam menjalani kehidupan mereka.
Kerajaan menurut beliau akan terus berusaha memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan sentiasa mencari jalan membantu rakyat bagi memastikan kehidupan rakyat menjadi lebih baik.
mrr