Skip to main content
Berita TempatanSabah

Kerajaan Tidak Perlu Terburu-buru Adakan PRU– Azizah

By 22 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh: Zuraidah Ahmad & Johny G.Kimlon  (Sabah)

KOTA KINABALU, 22 Jun (Malaysiaktif) –? Kerajaan tidak perlu terburu-buru mengadakan pilihan raya umum (PRU), sebaliknya terus bekerja dan memperkukuh jentera parti Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi.

Menurut Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun, tempoh berbaki dua tahun lagi bagi kerajaan sekarang perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan khidmat terbaik serta menyelesaikan masalah di samping melunaskan janji yang belum terlaksana.

“Bagi saya, kerajaan tidak perlu terburu-buru dengan mengambil kira kejayaan BN semasa pilihan raya kecil baru-baru ini kerana kita masih mempunyai tempoh dua tahun lagi.

“Kita harus terus bekerja dan memberi khidmat terbaik untuk rakyat dan sampaikan apa-apa yang perlu kita sampaikan kepada rakyat,” ujarnya.1 - Sumbangan Asnaf Surau Kg Bingkul (1)

Walau bagaimanapun, tambah Azizah, semuanya terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana beliau optimis dengan kebijaksanaan pemimpin nombor satu negara itu.

“Kita serahkan dan akur kepada keputusan Perdana Menteri, kerana beliau pasti akan mengambil kira semua aspek dan menilai semua perspektif sebelum membuat keputusan.

“Bagi jentera Wanita Umno, kita sentiasa bekerja dan terus berkempen tanpa menunggu pilihan raya untuk turun padang, bekerja dengan rakyat, mendengar dan menyelesaikan masalh rakyat,” jelasnya.

Azizah berkata demikian ketika diminta memberi pandangan tentang kesesuaian pilihan raya umum dijalankan pada masa terdekat dengan mengambil gelombang kejayaan besar BN semasa Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar serta Kuala Kangsar baru-baru ini dan Pilihan Raya Negeri Sarawak, Mei lalu.

Azizah ditemui media selepas menyempurnakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 40 asnaf di dua lokasi berasingan, iaitu Surau Kampung Bingkul dan Masjid Kilang Kelapa Sawit Lumadan, pada Isnin.

SF

 

 

 

Tinggalkan komen anda