Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Nuzul Al-Quran Memperingati Pengorbanan Nabi Muhammad – Taib

By 22 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 Oleh : Borhan Ahmad Ulis dan Idris Hassan / Foto: Chua Sim Choon

KUCHING, 22 Jun (Malaysiaktif) – “Sambutan Nuzul Al-Quran yang diadakan pada setiap bulan Ramadan dalam kalendar Islam memberi peluang dan ruang kepada umat Islam untuk memperingati perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad dalam mengembangkan syiar Islam.”

Demikian kata Yang Di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud ketika menghadiri Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1437H/2016M di Masjid Daerah Serian semalam.

Tambahnya, sewajarnya kita sebagai umat Islam berusaha untuk memahami setiap isi kandungan Al-Quran dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian. Hanya dengan cara itu, umat Islam dapat mencapai kejayaan dan menikmati hidup yang baik.

“Pengajaran yang terdapat dalam Al-Quran membawa pengertian yang cukup mendalam dan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk membaiki diri seterusnya mengukuhkan perpaduan serta memajukan umat Islam itu sendiri,” ujarnya lagi.Pic 3 - Tun menunaikan solat Maghrib

Bahagian Serian yang merupakan bahagian ke-12 yang baharu dinaik taraf pada April tahun lepas telah dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis Sambutan Nuzul Al-Quran kali ini.

Bertemakan “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”, pengajaran yang terdapat dalam Al-Quran membawa pengertian yang cukup mendalam dan memberi kesedaran kepada umat Islam untuk membaiki diri seterusnya mengukuhkan perpaduan serta memajukan umat Islam itu sendiri.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Datuk Mohd Jorgi Suhaili, disusuli dengan berbuka puasa, sembahyang Maghrib dan Isyak serta Tarawih berjemaah selain hidangan makan malam.

SF

 

Tinggalkan komen anda