Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Lagi Yang Kurang Berkemampuan Dapat Bantuan

By 28 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Noraidah Mat Seh

ALOR GAJAH, 28 Jun (Malaysiaaktif) —Pelbagai respon diterima daripada lima orang penerima bantuan Kuala Sungga ketika Jabatan Penerangan Negeri Melaka singgah menziarahi mereka semalam.

Aktiviti yang bertujuan membantu meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik sedikit sebanyak dapat melahirkan perasaan gembira kepada mereka yang menerima sumbangan ramadan ini.

6de00037-e853-4e19-9b1f-9e1edaa568bf

 

“Hari ini makcik sangat terharu  dan gembira dengan kedatangan kamu semua ke rumah mak cik. Selain dapat sedikit barang keperluan, dapat juga mak cik duit raya daripada kamu,” ujar warga emas, Sijah Asin yang berusia 74 tahun.

Manakala salah seorang penerima sumbangan, Yahya Daud menyatakan kesyukuran dengan rezeki yang diterima semalam kerana dengan pemberian barangan dapur ini dapatlah mereka menyediakan juadah hari raya nanti.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti 1Malaysia Kuala Sungga Haji Sadar Mohamad Nawabdin berkata, keseluruhan penduduk di kampung ini yang kurang berkemampuan akan dipastikan tidak tercicir dalam senarai penerima bantuan.

“Tidak kira dari agensi kerajaan dan swasta semuanya akan dapat secara adil dan tidak berat sebelah. Kebajikan penduduk juga dijaga dengan rapi agar masyarakat di sini tidak dipinggirkan,” ujar beliau.

Tinggalkan komen anda