Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

  Belia Diingatkan Semai Sikap Bantu Membantu

By 28 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Muhaimin Amran

JASIN, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Mesra Ramadhan Yang berlangsung di Pusat Aktiviti Gerakan Belia 4B, Merlimau Jasin telah diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Belia Malaysia, Dr. Mohd Akmal bin Saleh.

Beliau yang juga bekas pemimpin pelajar di Rusia berkongsi tentang kehidupan selepas menamatkan pengajian di Universiti dan dalam Misi Perundingan MH17 di Ukraine tidak lama dahulu.

Majlis tersebut telah dihadiri kira-kira 80 orang golongan belia dari Gerakan Belia 4B Merlimau Pasir dan juga  pelajar Politeknik Merlimau.

Sementara itu, Pengerusi KRT Merlimau Pasir, Jezlee Haji Pit, 42, berkata majlis ini memberi kesedaran dan pendedahan kepada golongan belia, khususnya anak-anak muda di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau tentang kepayahan golongan-golongan yang kurang berkemampuan dan bagaimana menyemai sikap saling bantu membantu dibulan yang mulia ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau, Datuk Roslan Ahmad yang merasmikan majlis tersebut menyatakan bahawa kerajaan berbelanja besar untuk mendirikan pusat-pusat pengajian tinggi demi membina generasi yang berilmu pada masa akan datang.

“Seharusnya siswazah yang telah berjaya merasa bersyukur dengan usaha kerajaan, kerana tidak semua kerajaan di dunia ini yg mampu melakukan sebagaimana Malaysia, dan belia perlu berusaha bagaimana untuk mempertahankan tanah air daripada ideologi luar yang merosakkan belia.

Dalam majlis yang sama seramai 26 orang menerima  sumbangan.

 

Tinggalkan komen anda