Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Majlis Berbuka Puasa Rai 150 Penjawat Awam

By 28 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 Oleh: Ahmad Faiz Mansur, Azimee Abdullah & Sherul Nizam Zakaria (Balik Pulau)

BALIK PULAU, 28 JUN (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang penjawat awam persekutuan daerah Barat Daya di sini diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya di perkarangan Hospital Balik Pulau semalam.

Hilmi dalam ucapannya, berterima kasih kepada semua penjawat awam persekutuan yang banyak memberi sumbangan perkhidmatan kepada masyarakat, di Balik Pulau amnya.

WhatsApp-Image-20160627 (1)

Beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata pihak kementeriannya sedang berusaha untuk menaik taraf beberapa klinik kesihatan di dalam daerah Barat Daya.

Program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Balik Pulau ini turut meraikan anak-anak yatim dari sekitar Balik Pulau.

Pada majlis yang sama, Hilmi turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan kakitangan Hospital Balik Pulau.

WhatsApp-Image-20160627 (2)

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Haji Nordin Ahmad dan ADUN Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoub Hussain Syah.

– AH

Tinggalkan komen anda