Skip to main content
Berita TempatanSabah

Mami di Syurga – Faris

By 28 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Zuraidah Ahmad & Abdul Sani Ariff Lokman (Sabah)

KOTA KINABALU, 28 Jun (Malaysiaktif) –? Sukar mentafsir perasaan anak yatim, Abdul Faris Abdul Rahim, 8, yang kehilangan ibu akibat kanser payudara sejak empat tahun lalu kerana dia sentiasa ceria dan aktif seperti kanak-kanak lain.

Namun apabila ditanya sama ada dia merindui allahyarhamah ibunya, dia menjawab sambil tersenyum, “mami (ibu)di syurga.”

Fariz, anak bongsu daripada empat beradik merupakan pelajar cemerlang SK Pekan Putatan dan bercita-cita menjadi pegawai bomba.

Malah, ketika menerima sumbangan duit raya bersama rakan-rakan, dia bagaikan anak yang langsung tidak berasa kesunyian.

“Seronok dapat duit raya, dapat beli permainan, bunga api dan boleh simpan dalam tabung. Dengan tabungan, boleh beli buku dan keperluan sekolah. iftar inspirasi usahawan wanita (2)

“Pada Hari Raya, kami sekeluarga akan menziarahi kubur arwah mami,” katanya kepada media pada Majlis Iftar dan Beramal Bersama Anak-anak Yatim dan Warga Emas anjuran Wanita USIA Kota Kinabalu dan Persatuan Inspirasi Usahawan Wanita Sabah di salah sebuah hotel di ibu negeri, pada Ahad.

Turut ditemui, Saw Kim Hock atau Sawadin Saw, 84, berasal dari Kuala Lumpur dan telah berkhidmat di empat buah ladang sawit di Sabah sejak zaman mudanya.

Sawadin bertemu jodoh dengan Suriyati Kaling, 61, telah dikurniakan enam cahaya mata dan 13 cucu berasa bersyukur kerana terpilih sebagai penerima sumbangan tersebut.

“Saya bersyukur kerana ini kali pertama saya dan isteri menerima sumbangan yang akan membantu mengurangkan kos perubatan tulang pinggang saya akibat terjatuh di rumah beberapa bulan lalu.

“Terima kasih kepada penganjur kerana meringankan beban kami untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” jelas Sawadin.

Pada majlis itu, seramai 15 anak yatim dan lapan warga emas menerima sumbangan duit raya dan Pelancaran Tabung Kami Sayang Padamu oleh Ketua Wanita USIA yang juga Presiden persatuan berkenaan, Nirma Habibi.

SF

Tinggalkan komen anda