Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

‘Maths Is Fun’ Pupuk Minat Matematik Anak Yatim

By 30 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Bagi memupuk minat pelajar terhadap Subjek Matematik, program ‘Maths is Fun’ berkonsepkan pembelajaran matematik melalui aktiviti permainan telah diperkenalkan kepada anak-anak yatim di rumah Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam (PYAKIDJ), Jasin.

Program interaktif anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Merlimau Melaka (PMM) itu melibatkan 20 orang pelajar berumur antara 12 hingga 17 tahun dari PYAKIDJ. Sebahagian besar di antara mereka bersekolah di sekitar bandar Jasin.

Menurut Penyelaras Program, Norzaliza Mohamed Nor, program yang melibatkan 25 orang pensyarah JMSK ini dibahagikan kepada dua slot. Program ini bersesuaian untuk pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah.

Slot pertama memberi penekanan ilmu algebra, yang merupakan asas terpenting dalam bidang Matematik, kepada para pelajar.

MIF 2

“Setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang pensyarah dan turut dibantu oleh beberapa orang fasilitator bagi memastikan proses ‘coaching and mentoring’ berjalan lancar. Dengan ini, kami lebih mudah menyelami permasalahan matematik anak-anak di sini.

“Slot yang kedua pula lebih bersifat ‘fun’ melibatkan permainan yang interaktif. Dalam slot ini, menggunakan kaedah permainan di beberapa stesen, pelajar-pelajar dilibatkan dengan aktiviti yang melibatkan Matematik di setiap stesen, antaranya 3 Jugs Riddle, Tower of Hanoi, Maths Flash Card, Maths Puzzle dan Maths Triangle,” jelas Norzaliza kepada Malaysiaaktif.

MIF 1

Sementara itu, JMSK mengharapkan lebih banyak lagi program khidmat masyarakat sebegini dijalankan bagi mendekati dan memenuhi keperluan anak-anak dari aspek kasih sayang, akademik dan motivasi untuk mendorong mereka supaya untuk berjaya demi masa depan yang lebih cerah.

“Kami berharap agar sumbangan JMSK melalui perkongsian ilmu Matematik ini di samping membantu anak-anak ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara PMM dan pertubuhan kebajikan,” ujar Norzaliza.

MIF 4

Pada majlis yang sama, Ketua JMSK, Hajah Intanku Salwa Shamsuddin menyerahkan hadiah dan sumbangan kepada para pelajar PYAKIDJ berupa menerima alat kelengkapan sekolah dan duit raya daripada beberapa jabatan di PMM termasuk Puspanita Cawangan Kecil PMM dan Koperasi Politeknik Merlimau Berhad.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda