Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Media DiSeru Mendidik Rakyat Berkaitan Kepentingan Vaksin

By 29 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

 
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Malaysiaaktif) – Peranan media penting dan mustahak dalam mendidik masyarakat berkaitan penyakit cegahan vaksin dari terus meningkat. Ini ditegaskan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Menurut beliau lagi, media dapat mengubah salah tanggapan masyarakat berkaitan vaksin yang disediakan oleh kerajaan. Media juga boleh menyampaikan maklumat secara saintifik kepada masyarakat agar masyarakat faham akan kepentingan vaksin kepada keselamatan keluruhan rakyat.
Subramaniam berkata, terdapat dua golongan yang tidak mendapat perlindungan difteria, measles, batuk kering (TB) dan sebagainya adalah golongan yang sangat miskin dan tiada kesedaran berkaitan kesihatan. Manakala golongan kedua pula ialah anti vaksin.

Menurut Subramaniam lagi, semenjak tiga tahun kebelakangan ini, bilangan kes jangkitan Penyakit cegahan vaksin meningkat. Kes difteria dari 2 kes pada tahun 2014, meningkat kepada 4 kes pada 2015 dan terus melonjak ke 12 kes pada tahun 2016 (sehingga 27 Jun 2016).

Manakala kes measles pula dari 221 kes pada tahun 2014 melonjak kepada 1318 pada tahun 2015 dan 873 kes untuk lima bulan pertama 2016. Manakala pertussis pula meningkat dari 497 pada tahun 2014, kepada 939 pada 2015.

Pada tahun 2016, kes yang dilaporkan untuk lima bulan pertama ini adalah 163.
Peningkatan kes measles juga menjadikan Malaysia gagal mencapai status eliminasi measles di Rantau Asia Pasifik, sedangkan negara seperti Cambodia dan Mongolia telah mencapai status ini. Kedudukan Malaysia setara dengan Filipina, Vietnam dan China.

Subramaniam menyeru orang ramai, khususnya ibubapa yang mempunyai anak yang memerlukan imunisasi untuk membawa anak mereka mendapatkan imunisasi.

IMG-20160629-WA0042
Terdahulu, Subramaniam meraikan para petugas media berbuka puasa di ibu negara.

Mrr

Tinggalkan komen anda