Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Media Bantu Didik Rakyat Sebar Maklumat Tepat dan Sahih

By 29 Jun 2016Julai 1st, 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh : Parameswary Lekshmnan & Norlydiana Ishak

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Malaysiaaktif) – Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media telah diadakan di Royal Selangor Club, Jalan Raja, semalam bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan juga sebagai tanda penghargaan kepada pengamal media.

Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk R.S Thanenthiran mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang telah memainkan peranan penting dalam kemenangan Barisan Nasional tempoh hari dalam Pilihan Raya Kecil P.067 Kuala Kangsar dan P.093 Sungai Besar.

Beliau berharap agar media terus menjadi rakan kerajaan dalam berusaha membangunkan negara dan mendidik rakyat menjadi intelektual dengan menyebarkan maklumat tepat dan sahih.

Thanenthiran berkata beliau menghormati keputusan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat rombakan Jemaah Menteri semalam.

Parti Makkal Sakti berharap dengan rombakan ini, kerajaan dapat diperkukuhkan lagi dari segi kestabilan politik dan ekonomi negara.

Thanenthiran amat berterima kasih kepada bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah yang banyak berjasa dalam mengukuhkan dan menstabilkan ekonomi negara di persada dunia walaupun ketika negara-negara mengalami kemelesetan ekonomi. Menurut beliau, pendirian Husni mengundurkan diri dari dunia politik harus dihormati.

“Walaupun warga Sarawak tidak mengambil bahagian dalam rombakan kabinet semalam, Najib telah mengambil risiko melaksanakan Enakmen 1963 melalui lantikan Kabinet Menteri negerinya sendiri.  Saya bangga dengan sikap Perdana Menteri yang sanggup mengambil risiko demi kesejahteraan rakyat,” kata Thanenthiran ketika ditemui dalam majlis anjuran Parti Makkal Sakti bersama sebuah kedai barang kemas ini.

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Makkal Sakti, Datuk Seri DR V. Pulainthiran dan Ketua Pemuda Parti Makkal Sakti, Jeevithan P. Ganasan.

DK

Tinggalkan komen anda