Skip to main content
Berita TempatanSabah

?Hulur Sumbangan Kepada Yang Kurang Bernasib Baik-Rosnah

By 29 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Zuraidah Ahmad & Jeffren Malaning (Sabah)

PAPAR, 29 Jun (Malaysiaktif) –? Agensi kerajaan, GLCs, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) digalak menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik sempena Aidilfitri.

Menurut Ahli Parlimen, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, kestabilan ekonomi dan keselamatan yang sentiasa terkawal sewajarnya memberikan kesedaran kepada rakyat untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik.

“Selain menunaikan ibadah puasa, umat Islam juga sangat dituntut memperbanyak sedekah dan membantu golongan yang memerlukan. Ini bagi membolehkan mereka bersama-sama menikmati perayaan Aidilfitri dengan gembira.

“Penganjuran majlis-majlis berbuka puasa juga terbit daripada rasa prihatin dan tanggungjawab untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Sekurang-kurangnya mereka dapat menyambut Syawal dengan rasa penuh kegembiraan dan keceriaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar Bersama Warga PDRM di Ibu Pejabat Polis (IPD) Papar?, pada Isnin.image

Tambahnya, majlis anjuran bersama IPD Papar dan Pejabat Parlimen Papar tersebut bertujuan menzahirkan penghargaan masyarakat terhadap polis, di samping mengukuhkan lagi silaturahim antara badan penguat kuasa undang-undang itu dengan para pemimpin di kawasan berkenaan.

Rosnah turut menyeru masyarakat agar sentiasa mengamalkan sikap bersederhana dalam berbelanja agar tidak berlaku pembaziran terutama menjelang perayaan Aidilfitri.

Katanya, amalan berjimat-cermat dapat mengukuhkan ekonomi keluarga dan persiapan untuk keperluan masa akan datang seperti pendidikan anak-anak.

Pada majlis itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia menyumbang RM50,000 untuk membaik pulih Surau IPD Papar.

Turut disampaikan, kuih raya kepada IPD berkenaan dan sumbangan duit raya kepada 25 penerima terdiri daripada golongan anak yatim, balu dan mualaf.

Terdahulu, Rosnah menyertai ahli-ahli PERKEP dan kakitangan pejabatnya menyediakan bubur lambuk untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.

SF

Tinggalkan komen anda