Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Nazri: Jangan Tertipu Harga daripada Ejen Umrah

By 15 Jun 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Oleh: Pradeeb Kumar Velayutham (Putrajaya)
KUALA KANGSAR, 15 Jun (Malaysiaaktif) ā€“ ā€œHarga minimum pakej umrah ialah RM4,900, jadi, jangan tertipu, dan jangan percaya sekiranya ada yang kurang daripada harga itu,ā€ tegas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) , Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes penipuan melibatkan ejen palsu dalam pakej umrah yang dilaporkan semakin berleluasa di negara ini.

Menurutnya, harga minimum itu merupakan harga bagi pakej umrah yang paling murah untuk pakej 10 hari dan 12 malam ke tanah suci Makkah dan Madinah.

“Jika ada yang kurang daripada harga itu, maka itu merupakan satu penipuan dan pengguna harus lebih bijak menangani isu ini. Ejen palsu ini menawarkan pakej umrah yang murah serta penginapan yang selesa kepada mangsa, namun selepas mendapat wang, mereka senyap saja.

“Malah terdapat kes, mangsa menghadapi masalah berkaitan visa umrah, tiada tiket penerbangan atau pelanggaran syarat-syarat pakej umrah,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Hak Kepenggunaan Negeri Perak di dewan Taman Bukit Kerajaan, di sini, semalam.

Di kempen yangĀ bertujuan memberi kesedaran dan pengetahuan asas kepada orang ramai untuk membuat pilihan tepat semasa membeli pakej umrah,Ā Nazri menasihatkan semua warga masyarakat agar berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan janji-janji manis ejen pakej umrah tertentu.

Beliau juga menekankan agar para jemaah memastikan syarikat pelancongan dan ejen telah berdaftar secara rasmi dengan pihak berwajib sebelum membuat pembayaran.

Permintaan menunaikan ibadah umrah kini kian meningkat dengan sejumlah 90,000 jemaah dicatatkan pada 2012 dan 220,000 jemaah pada 2015.

Sejak 2014, sejumlah 2,282 kes difailkan di Tribunal Tuntutan Pengguna berkaitan penipuan pakej umrah dengan nilai ganti rugi yang dituntut sebanyak RM13.9 juta.

Sementara itu, KPK telah menubuhkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) pada 2014 bagi menangani kes penipuan pakej umrah melibatkan ejen palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, MKSU ini bertindak sebagai pusat sehenti (onestop centre) bagi menangani semua aduan serta mengawal selia semua kes penipuan pakej umrah.

Dianggotai pelbagai kementerian, agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini memudahkan MKSU untuk memantau kes-kes penipuan pakej umrah.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda